Terdapat sesetengah tasbih mempunyai penanda. Bukan semua tasbih mempunyai penanda. Apakah fungsi penanda pada tasbih? Ada sesetengah dari kita menerima ijazah amalan yang memerlukan kita membaca ayat-ayat tertentu pada masa tertentu dan pada bilangan tertentu.
Sebagai contoh, pengamal dikehendaki membaca sesuatu ayat sebanyak 41 kali selepas solat maghrib dan subuh. Jadi tasbih yang mempunyai penanda dapat dilaraskan penandanya pada bilangan makmum (biji tasbih) yang ke 41.Dengan adanya penanda ini, pengamal tidak perlu lagi memikirkan tentang bilangan amalannya. Dia hanya perlu berhenti apabila jarinya sudah menyentuh penanda ketika menggunakan tasbih.
Selain itu, penanda juga berfungsi sebagai pengganda dan penanda jumlah bacaan zikir seseorang pengamal. Setelah pengamal membaca sesuatu amalan pada jumlah seribu (rujuk pos ini), pengamal boleh meletakkan penanda pada biji makmum yang pertama.
Penanda diletakkan pada bilangan 7 x 1000 = 7000
Oleh itu, maksimum gandaan bacaan yang boleh dibaca pengamal ialah 1000 x 100 = 100,000. Jadi seutas tasbih boleh menjadi peneman lengkap zikir dengan rekod jumlah bacaan yang dilakukan mengikut kadar dan kaedah amalan masing-masing.
Indahnya produk seni kita. Semua rekaannya diilhamkan bersebab.
No comments:
Post a Comment